Universiti Putra Malaysia Berjaya Kekal Juara Keseluruhan Kejohanan Varsity Track & Field Siri 1 Dan Catat 6 Rekod Kebangsaan Baharu | AKADEMI SUKAN
» BERITA » Universiti Putra Malaysia Berjaya Kekal Juara Keseluruhan Kejohanan Varsity Track & Field Siri 1 dan Catat 6 Rekod Kebangsaan Baharu

Universiti Putra Malaysia Berjaya Kekal Juara Keseluruhan Kejohanan Varsity Track & Field Siri 1 dan Catat 6 Rekod Kebangsaan Baharu

DURIAN TUNGGAL, 12 MAC -Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya memecahkan rekod kejohanan di Kejohanan Varsity Track & Field (VTF 1) yang berlangsung di Stadium Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), Melaka. Untuk makluman, seramai 10 atlet berjaya mencatat rekod baharu sepanjang kejohanan dan 6 orang atlet merupakan atlet olahraga UPM. Berikut merupakan atlet yang berjaya memecahkan rekod kejohanan.


Kirthana A/P Ramasamy, Lompat Jauh Wanita - 5.78m

 


Nur Ayna Huna Maton, Merejam Lembing Wanita - 39.73m

 


Kamal Farhan bin A. Rahman, Lempar Cakera Lelaki - 49.96m

 


Sadat Marzuki Ajisan, Baling Tukul Besi Lelaki - 61.90m

 


Andre Anura Anuar, Lompat Kijang Lelaki - 15.37m

 

Universiti Putra Malaysia, 4x100M Relay Lelaki - 41.69s

Kontinjen Olahraga UPM telah berjaya membawa pulang 45 pingat secara keseluruhan dengan 24 emas, 13 perak dan 8 gangsa. Pencapaian tersebut telah menjadikan UPM juara keseluruhan bagi kejohanan ini.

Kontinjen UPM melakukan persediaan penuh sebelum menghadapi kejohanan VTF 1 dengan melakukan latihan secukupnya supaya dapat mengekalkan prestasi yang membanggakan. Atlet yang bersaing sentiasa memberikan yang terbaik demi mengejar kejayaan dan berjuang demi UPM.

Di samping itu, kejohanan ini dijadikan sebagai kejohanan persediaan bagi atlet-atlet olahraga UPM yang terdiri daripada atlet olahraga kebangsaan sebelum bersaing di Kejohanan SEA Games 2023 yang akan berlangsung di Kemboja.

 

Kredit gambar: Sukan IPT

Tarikh Input: 15/03/2023 | Kemaskini: 15/03/2023 | rohaida_h

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXFCRAe~