UPM Johan Olahraga IPT Sirkit 3 (Zon Borneo) | AKADEMI SUKAN
» BERITA » UPM Johan Olahraga IPT Sirkit 3 (Zon Borneo)

UPM Johan Olahraga IPT Sirkit 3 (Zon Borneo)

Sumber: Berita Harian

 

KOTA SAMARAHAN: Universiti Putra Malaysia (UPM) membuktikan mereka berada dalam kelas tersendiri apabila muncul juara keseluruhan Sirkit Ke-3, Kejohanan Olahraga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), di sini, hari ini.

Dalam kejohanan tersebut, UPM meraih 25 pingat emas, 12 pingat perak dan 9 pingat gangsa. Nurul Ashikin Abas dari UPM muncul atlet paling cemerlang apabila berjaya meraih tiga emas menerusi acara pecut 100 meter, lompat jauh dan lompat kijang wanita.

Ketua Penyelaras Kejohanan Olahraga IPT 2022, Dr Hanafiah Ayub berkata, kejohanan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Pusat Sukan Tumpuan Olahraga UPM itu diadakan dalam empat sirkit sebelum grand final yang dijadual diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, bulan depan. Sirkit pertama bagi Zon Selatan diadakan  di Johor 18 hingga 20 Mac lalu, sirkit kedua di Perlis untuk Zon Utara pada 20 hingga 22 Mei, sirkit ketiga bagi Zon Borneo di UNIMAS pada 15 dan 16 Oktober dan selepas ini akan diadakan sirkit keempat bagi zon Pantai Timur yang dijadualkan pada awal bulan depan.

 Sumber: Berita Harian

https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2022/10/1013148/upm-juara-sirkit-ketiga-kejohanan-olahraga-ipt

Tarikh Input: 18/10/2022 | Kemaskini: 21/12/2023 | zawinnadjah

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXFCQAg~