Kontinjen Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya dominasi podium kejohanan Varsity Team Championship (VTC) 2025 apabila meraih tiga emas dan dua perak. Pingat emas disumbangkan oleh pasukan Bola Jaring, Ragbi 7’s Lelaki dan Hoki Wanita, manakala Ragbi 7’s Wanita serta Hoki Lelaki masing-masing membawa pulang perak.
Untuk makluman, kejohanan ini telah berlangsung dengan meriah pada 5 hingga 10 Ogos 2025 bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.
Tambahan lagi, majlis penutup kejohanan telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Hanafiah Bin Ayub, Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan Tinggi; En. Mohd Razlan Shah bin Mohammad Rabii, Penolong Setiausaha II Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pertandingan MASUM; serta En. Yusof Bin Ahmad, Pengetua Kolej Za’ba UPSI mewakili Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UPSI. Turut hadir ialah YBhg. Prof. Dr. Mohammad Hamiruce Marhaban, Pengarah Akademi Sukan UPM.

Tarikh Input: 12/08/2025 | Kemaskini: 12/08/2025 | zawinnadjah

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang
Selangor Darul Ehsan