UPM Tiada Tandingan Di VTF 2023. | AKADEMI SUKAN
» BERITA » UPM Tiada Tandingan Di VTF 2023.

UPM Tiada Tandingan Di VTF 2023.

ACARA akhir 4x400 meter campuran pada Kejohanan VTF 2023 Sirkit Kedua. -FOTO Mohd Rafi Mamat

 

Kuantan: Kontinjen Universiti Putra Malaysia (UPM) muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Varsity Track & Field (VTF) 2023 Sirkit Kedua berakhir semalam di Stadium Darul Makmur, di sini.

Selepas tiga hari bersaing kontinjen berkenaan mengumpul 23 pingat emas, 13 perak dan 8 gangsa meninggalkan Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI di tempat kedua dengan meraih 8 emas, 4 perak dan 7 gangsa.

Tangga ketiga berpihak pada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan mendapat 2 emas, 4 perak dan 6 gangsa. Keempat berpihak pada Poli Malaysia yang meraih 2 emas dan 1 gangsa.

Sebanyak 42 acara yang dipertandingkan, masing-masing membabitkan 20 acara lelaki dan wanita termasuk dua acara campuran.

 

Lima rekod baharu dicipta membabitkan acara 10,000 meter (m) jalan kaki lelaki oleh Muhammad Fakhrulrazi JailanI (UPM), lontar peluru oleh Kamal farhan A. Rahman (UPM) dan heptathlon (Wanita) oleh Amni Liyana Anuar (UPSI).

Rekod baharu turut dicipta dalam acara 3,000m lari berhalangan (Wanita) oleh Ainur Shafiqah Azmi (UPM) dan acara 4x100m (Lelaki) kuartet UPM.

Bagi jaguh pecut negara, Jonathan Nyepa yang membawa cabaran kontinjen UPM berbangga dengan kejayaan menyumbang tiga pingat emas menerusi acara 100m, 200m dan 4x100m.

Menurutnya, selepas tidak dapat beraksi pada VTF 2023 Sirkit Pertama di Melaka sebelum ini, pada VTF 2023 Sirkit Kedua di Kuantan kali ini dia bangkit membuktikan kemampuan yang dimiliki.

 

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/05/971970/upm-tiada-tandingan-di-vtf-2023

 

Sumber : hmetro

Tarikh Input: 30/05/2023 | Kemaskini: 30/05/2023 | m_rizal

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXFCTAj~