Young Tigress Bangkit Lepas Geram | AKADEMI SUKAN
» BERITA » Young Tigress Bangkit Lepas Geram

Young Tigress Bangkit Lepas Geram

KIRANDEEP Kaur Gurdip Singh beraksi cemerlang buat skuad negara walaupun gagal mencetak nama selaku penjaring ke atas Hong Kong pada aksi Piala Remaja Asia hari ini. - AHF

 

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad hoki remaja wanita negara, Lailin Abu Hassan gembira dengan reaksi balas ditunjukkan anak-anak buahnya walaupun masih kecewa gagal ke separuh akhir Piala Remaja Asia.

Sebaliknya, skuad Young Tigress dilihat tetap bermotivasi tinggi untuk menamatkan kejohanan di Kakamigahara, Jepun itu pada kedudukan terbaik meskipun sedar sudah tiada peluang layak ke Piala Dunia Remaja di Santiago, Chile hujung tahun ini.

Ia berdasarkan prestasi keseluruhan ditampilkan barisan pemain ketika membelasah Hong Kong 10-1 pada aksi klasifikasi tempat kelima hingga kelapan di Stadium Hoki Kawasaki Heavy Industries hari ini.

 

SITI Nur Atika (tengah) berjaya meledak satu gol buat skuad negara ketika membelasah Hong Kong 10-1 pada aksi Piala Remaja Asia hari ini. – AHF

 

“Saya berpuas hati dengan prestasi barisan pemain yang menunjukkan semangat mahu menamatkan saingan ini di kedudukan paling baik.

“Pemain mempamerkan corak permainan seperti dirancang. Mereka menunjukan kemahuan tinggi untuk menang bagi membolehkan kami beraksi dalam perlawanan penentuan tempat kelima dan keenam.

“Saya berpuas hati dengan keseluruhan prestasi mereka terutamanya di bahagian serangan yang rajin mencari ruang kosong dan tidak menunggu lama untuk mendahului Hong Kong,” katanya.

 

SHAMINE Azureen menerima anugerah pemain terbaik perlawanan selepas meledak hatrik menewaskan Hong Kong 10-1 pada aksi Piala Remaja Asia hari ini. – AHF

 

Nur Shamine Azureen Mohammed Badusha dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan selepas meledak hatrik bermula minit kedua, 14 dan 39.

Baki tujuh gol skuad negara dijaringkan Dian Nursyakira Najwa Al-Wadqa Nazeri, Siti Nur Atika Shaikh Maznan, Norshafiqha Ishak, Siti Nur Irdina Mohd. Nor, Khairunnisa Ayuni Mohd Sharuddin, Azmyra Mia Sofea Azhairy dan Nur Nabila Alia Yussaini.

Jaringan tunggal Hong Kong pula dihasilkan oleh Anna Aiello menerusi gol padang pada minit ke-18.

Selepas ini, skuad Young Tigress akan turun menghadapi Kazakhstan dalam aksi penentuan tempat kelima dan kenam pada Ahad ini. – KOSMO! ONLINE

 

https://www.kosmo.com.my/2023/06/09/young-tigress-bangkit-lepas-geram

 

Sumber : KOSMO ONLINE

Tarikh Input: 10/06/2023 | Kemaskini: 10/06/2023 | m_rizal

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXFCMA2~