Young Tigress Bergaya Belasah Taiwan | AKADEMI SUKAN
» BERITA » Young Tigress Bergaya Belasah Taiwan

Young Tigress Bergaya Belasah Taiwan

ANTARA aksi skuad negara ketika bertemu Taiwan. FOTO AHF

 

Kuala Lumpur: Skuad hoki remaja wanita negara melaungkan amaran awal di kejohanan Piala Remaja Asia 2023 apabila membelasah Taiwan 7-0 dalam aksi kumpulan A, hari ini.

Tampil dengan misi mahu mencipta kejutan pada penampilan edisi kali ini, barisan anak buah Lailin Abu Hassan bermula agak perlahan pada awal babak perlawanan sehingga perlu menunggu minit ke 20 untuk menjaringkan gol pertama menerusi Nur Shamine Azureen Mohammed Badusha.

Jaringan terbabit membuatkan skuad The Young Tigress tidak lagi menoleh kebelakang apabila terus menyumbat gol kedua selang dua minit kemudian menerusi Nur Nabila Alia Yussaini.

Pemain negara tidak menunjukkan belas ihsan apabila menjaringkan lima gol lagi menerusi Siti Nur Atika Shaikh Maznan,Nurul Fatin Fatiah Azman, Thibatharshini James, Nur Nabila dan Siti Nur Atika Shaikh Maznan sekali gus saingan berakhir dengan keputusan 7-0.

 

Sementara itu, Lailin berkata, walaupun anak buahnya berjaya menumpaskan Taiwan dengan jaringan yang besar namun beliau masih lagi tidak berpuas hati persembahan keseluruhan pasukan itu.

Beliau berkata, barisan anak buahnya gagal manfaat peluang yang terhidang selain turut hilang fokus hingga menyebabkan lawan hampir menjaringkan gol.

"Kita dapat banyak pukulan sudut penalti namun pemain sia-sia peluang terbabit sekali gus saya kurang berpuas hati dengan situasi terbabit.

"Pada awalnya pemain gugup namun memasuki separuh masa kedua, pemain mula mempamerkan corak permainan menyakinkan sekali gus berjaya menyumbat tujuh gol untuk negara," katanya.

Namun, Lailin berkata, ujian sebenar skuad negara adalah esok apabila akan bertemu pasukan pilihan iaitu India.

"Saya boleh katakan perlawanan sebenar aadalah menentang India esok sekali gus memerlukan kita lebih fokus dan bersedia kerana sudah pastinya pasukan itu akan memberi tentangan sengit," katanya.

 

https://www.hmetro.com.my/arena/hoki/2023/06/974111/young-tigress-bergaya-belasah-taiwan

 

Sumber : hmetro

Tarikh Input: 06/06/2023 | Kemaskini: 06/06/2023 | m_rizal

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXFCLAB~