Memorandum Persefahaman (MoU)/Memorandum Perjanjian (MoA) | AKADEMI SUKAN
» PERKHIDMATAN » PENYELIDIKAN » Memorandum Persefahaman (MoU)/Memorandum Perjanjian (MoA)

Memorandum Persefahaman (MoU)/Memorandum Perjanjian (MoA)

Memorandum persefahaman/perjanjian berfungsi sebagai suatu penyataan persefahaman dan hasrat untuk bekerjasama di antara Akademi Sukan dengan mana-mana pihak dari dalam negara mahupun dari luar negara untuk mengadakan kerjasama penyelidikan dalam bidang berkaitan sains sukan melalui program-program yang bakal dilaksanakan. Usaha ini membolehkan Akademi Sukan untuk  mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai sebuah pusat yang menawarkan khidmat perundingan yang berkualiti dan dipercayai dalam bidang sains sukan bagi memenuhi aspirasi sukan  negara. Di antara MoU/MoA yang telah ditandatangani oleh Akademi Sukan:

 

Universitas Nasional (UNAS), Indonesia

» Penyelidik: Prof Dr Shamala Subramaniam, Prof Madya Dr Tajularipin Sulaiman dan Prof Madya Dr Hazizi Abu Saad

» Tarikh Mula/Tamat: 23 Jun 2010-23 Jun 2015

» Ringkasan: Bekerjasama dalam bidang Sains Sukan dan pembangunan sukan di peringkat akar umbi

» Impak: Dapat menyebarkan kepakaran yang diperolehi dari UNAS (Sport massage) di Malaysia serta kepakaran Akademi Sukan ke luar Negara


Sheffield Hallam University, United Kingdom

» Penyelidik: Prof Dr Muhammad Nazrul Hakim Abdullah, Prof Madya Dr Aminuddin Yusof, Dr Tajularipin Sulaiman, Dr Roselan Baki, En Yunus Adam,    En Mohd Hafiz Rosli dan En Azhar Yaacob

» Tarikh Mula/Tamat: 1 September 2010-1 September 2015

» Ringkasan: Bekerjasama dalam bidang Sains Sukan dan pembangunan sukan di peringkat akar umbi

» Impak: Meningkatkan perkembangan dan perkongsian ilmu dalam bidang penyelidikan antara 2 negara


 Yogyakarta State University, Indonesia

» Penyelidik: Prof Dr Shamala Subramaniam, Prof Madya Dr Tajularipin Sulaiman dan Prof Madya Dr Hazizi Abu Saad

» Tarikh Mula/Tamat: 19 Mei 2010-19 Mei 2015

» Ringkasan: Bekerjasama dalam bidang Sains Sukan dan pembangunan sukan di peringkat akar umbi

» Impak: Dapat menyebarkan kepakaran yang diperolehi dari UNY (sport massage)  di Malaysia serta kepakaran Akademi Sukan ke luar Negara

 

 

 

 

Kemaskini:: 17/05/2017

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
B1566381831