UPM perkasa agenda kesihatan planet melalui PutraSihat 10,000 Langkah
SERDANG, 1 Julai - Universiti Putra Malaysia (UPM) menterjemahkan aspirasi UPM Planetary Health and Sustainability Blueprint menerusi penganjuran Program PutraSihat 10,000 Langkah yang menggabungkan aktiviti berjalan kaki dan plogging sebagai pendekatan membudayakan gaya hidup sihat seiring pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan warga universiti.